Senin, 01 November 2010

ARTIKEL 2 - E – Pembelajaran Bahasa Arab Dengan Menggunakan Pendekatan Modul Tutorial

Pengenalan
Bahasa Arab adalah bahasa Syurga. Bahasa Arab juga adalah bahasa al-Quran, bahasa utama umat Islam sejak zaman nabi Muhammad saw. Bahasa Arab adalah bahasa bagi jutaan khazanah Almu-ilmu Islam seperti al-Hadis, Tafsir Quran, Syarah Hadis, ilmu Syariah, Feqah, Aqidah dan lain-lain.

Bahasa Arab adalah bahasa komunikasi umat Islam, berkomunikasi dengan Allah dalam sholat, niat, doa dan istighfar. Berkomunikasi dengan sesama Islam contohnya semasa menunaikan Haji di Mekah, dalam khutbah raya, khutbah Jumaat. Berkomunikasi dengan buku dan kitab umpamanya untuk memahami al- Quran. Bahasa pertama yang didengari oleh bayi semasa dilahirkan (azan dan iqamah) dan bahasa terakhir yang didengar oleh manusia (talqin kalimah Lailaha Illallah ).

Kandungan al-Quran dan al-hadis sendiri meliputi pelbagai bidang seperti sains, ekonomi , perundangan dan sebagainya. Seseorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang perundangan misalnya boleh menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan utama dalam kerjayanya. Prospek kerjaya yang melibatkan penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa pengantara kini juga semakin meluas seperti bahasa Inggeris dan Mandarin. Seperti mana mereka disogokkan dengan pentingnya menguasai bahasa Inggeris dan Mandarin begitu juga mereka seharusnya di dedahkan dengan kelebihan bahasa ini.

Ulasan
artikel ini berkisar tentang pembelajaran secara interaktif di dalam bahasa Arab. E – pembelajaran ini mengandungi modul pendidikan moden yang mana ia memindahkan maklumat dari buku teks yang pada kebiasaannya adalah secara klasik kepada media elektronik. Pendekatan ini juga diperkenalkan untuk menyediakan cara alternative untuk dunia masyarakat luas belajar bahasa Arab melalui internet dan persekitaran yang interaktif.

Selain itu, menurut penulis, kewujudan ‘courseware’ pendidikan adalah penting untuk membantu pelajar – pelajar dalam memahami dan mempelajari pendidikan bahasa Arab. Di samping itu, modul yang dicipta ini juga adalah berbentuk tutorial di mana e – pembelajaran ini turut menyediakan maklumat berbentuk fakta dan soal – soal latihan .

Modul e – bahasa Arab ini juga mempunyai latihan yang berbentuk web – self directed yang mana ianya memberi pengalaman yang menarik kepada pengguna.

Dalam artikel jurnal tersebut juga ada mengetengahkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji – pengkaji terdahulu iaitu (Lujara, Kissaka, Bhalalusesa dan Trojer, 2008). Sebagaimana menurut penulis, kajian ini pernah dilakukan untuk mengembangkan paradigm baru untuk e – learning untuk pembangunan sumber sekolah di Sekolah Menengah di Tanzania. Dalam kajian ini, instruksional subjek model digunakan untuk mengintegrasikan analisis struktur subjek dan konsep rekabentuk instruksional di mana subjek kajian akan digunakan sebagai komponen modular bebas. Seterusnya rancangan model pembelajaran subjek terdiri daripada empat objek utama iaitu gambaran objek, kandungan, ringkasan dan tempat penilaian.



E – pembelajaran bahasa Arab merupakan suatu inovasi baru sejajar dengan perkembangan dunia tekonologi ICT dan ianya turut tidak ketinggalan dalam era modenisasi ini. Oleh kerana aplikasi penggunannya itu secara interaktif dan bersifat self – directed, ianya memberikan kepuasan kepada pengguna dengan mengalami pengalaman tersebut pada masa itu juga.

Maka untuk itu, pembelajaran bahasa Arab melalui halaman web merupakan satu proses pembelajaran yang memberi banyak kelebihan. Antaranya adalah seperti menurut Rahimi, Zawawi dan Wan Nordin (2005) menyatakan bahawa pembelajaran melalui halaman web mampu menyediakan kurikulum dalam rangkaian yang lebih menarik. Kandungannya dapat dipersembahkan dalam bentuk tersusun dan secara tidak langsung akan memudahkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep yang sukar. S

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa sesi tutorial secara online mampu memperkayakan teknik pengajaran. Para pelajar boleh mengikuti sesi pembelajaran secara interaktif secara online. Pembelajaran secara online ini juga dapat merapatkan jurang antara pelajar dengan sumber pembelajaran bahasa Arab dari seluruh dunia.

halaman web yang menawarkan e- pembelajaran bahasa Arab melalui internet adalah seperti :

1. http://www.dur.ac.uk/daniel.newman/elearn.html
2. http://www.arabicnights.com.au/chat/
3. http://www.arabion.net/indonesian/

Dapat disimpulkan di sini bahwa e – pembelajaran bahasa Arab merupakan suatu inovasi baru sejajar dengan perkembangan dunia teknologi ICT dan dalam era modenisasi ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar